Budak Roentgen

Rabu, 20 Julai 2011

Henfon tu.. Ye!! Henfon tu.. Selamat ke??

“40% percent of cells taken from mobile phone users show DNA damage.” -Indian Journal of Human Genetics

Henpon zaman sekarang da macam-macam jenis. Boley dikatakan tiap-tiap bulan keluar model baru. Kalau pegi kedai henpon boleh meleleh air liur. Aku nak henpon tu, aku nak henpon ni. Semua orang kalau boleh tak nak kalah. Kalau duit da ada dalam poket, seboleh-bolehnya tiap-tiap bulan nak tukar model henpon. Mengikuti peredaran zaman la kononnya. Blackberry, I-Phone, Corby… fuuuuuuuuuuuuhhhhhhhhhhhh… BR  tak mampu nak beli semua tuhh..



Zaman sekarang sape tak pakai henpon kira kuno.. ketinggalan zaman dan bla bla bla yang sewaktu dengannya. Tapi sekurang-kurangnya dia da kurangkan diri dia daripada terkena radiasi yang semua orang takutkan sangat tuh. Err… takut ke?? Henpon sampai dua tiga biji sorang gak kan??




Kalau dibelek-belek balik entry yang lepas, BR ada cakap bahawasanya henpon pun mengeluarkan radiasi. Tapi dia jenis sinaran tak mengion. Senang cite dia kurang bahaya la berbanding x-ray yang termasuk dalam golongan sinaran mengion. Tapi bahaya tak bahaya pun tetap radiasi ye tak?






Tapi tau ke anda? Tau ke? Bahawasanya henpon yang korang guna dan banggakan sangat tuh boleh tingkatkan risiko untuk anda dapat ‘brain tumor’. Kajian still tak jelas. Tapi kita tau henpon tu keluarkan sinaran electromagnet yang berfrekuensi tinggi. Tak takut ke? Takut kan? Tapi tak kan x boley guna langsung kan. Zaman sekarang x de henpon x bley. X de life. Camne nak idop?? Mesti dan semestinya semua orang pikir gitu sebab BR pon macam tu. So, apa kata kita ikut beberapa tips yang boley kurangkan sikit risiko untuk kita dapat radiasi terlebih daripada henpon.

  • First sekali, apa kata kita kurangkan penggunaan telefon tuh. Guna untuk perkara-perkara penting cukup la. Nak borak-borak ngan orang sampai dua hingga tiga jam lamanya macam tak perlu je.
  • Ooww.. x bleyh kalau x borak ek?? K la.. kalau gitu apa kata kita guna handsfree atau loudspeaker?? Boleh elakkan tangan lenguh sambil-sambil kurangkan radiasi.


  • Jangan letak henpon dalam poket seluar!!! Sebab bahagian bawah tubuh kita serap lebih banyak radiasi berbanding bahagian atas. Yang ni paling ramai orang wat. So, pandai-pandai la ye.

  • Jangan pandai-pandai nak kol  atau sms orang time line tepon memang kurang or x de. Sebabnya kita macam paksa fon tu beroperasi dan ini menyebabkan henpon tu kuarkan lebih banyak radiasi berbanding biasa. Faham??
  • Jangan guna fon time dop dalam kenderaan yang tertutup ataupun lif. Sebab tempat macam tu yang mana ada metal material kat sekeliling kita boleh sebabkan radiasi yang keluar terpantul balik kat kita.. hmmmm
  • Seboleh-bolehnya jangan benarkan kanak-kanak guna fon. Kalau betul-betul perlu, bagi fon yang hanya membenarkan sms. Sebab tubuh kanak-kanak atau pun manusia yang berumur 20 tahun ke bawah cenderung untuk serap lebih radiasi berbanding manusia yang umur lebih 20 tahun.
  • Kurangkan bercakap time guna fon!! Bagi je orang yang kita kol tu cakap banyak-banyak. Sebab bercakap akan tingkatkan radiasi time guna fon!!... orang yang kita kol cakap banyak2 blh plak ek? Dia kena radiasi bukan masalah kita :P

  • Tido nak kena letak fon kat tepi ek? Owh.. alarm ye?? Kalau gitu tukar setting fon pada flight mode. Boleh kan??
p/s : gambar-gambar ada yang di google. thanx google :)

5 ulasan:

Mohd Firdaus berkata...

nsib baik la fon ckgu xde function..xguna pn xpe..hehe

syera berkata...

time berborak kat tepon mang ske pkai handsfree..

fuh..selamat la sikit2 xD

Unknown berkata...

ouh really ? -___-"

abah khalisha berkata...

borak lama-lama memang panas lah telinga

SITI ARFAH berkata...

Perkongsian menarik. :). Brtmbh ilmu pngetahuan arini. Tq !