Budak Roentgen

Rabu, 28 Disember 2011

Khamis, 22 Disember 2011

Irradiated Quotes 2



Be less curious about people and more curious about ideas.
Marie Curie ~

Everybody is exposed to radiation. A little bit more or a little bit less is of no consequence.
Dixy Lee Ray ~

If our tongues were as sensitive as these radiation detectors, we could easily taste one drop of vermouth in five carloads of gin.
Dixy Lee Ray ~

Rabu, 21 Disember 2011

Wordless Wednesday


 -al-Isra'[17.44] Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun-


 -electrons in Bohr atomic model-


-planets in solar system-


-Subhanallah-


-Advisor BR-®

Selasa, 20 Disember 2011

Radiasi atau Sinaran? Part 3

Hari ini  rasa susah nak menulis..idea banyak tapi semuanya tersumbat..tak boleh keluar..Okies..abaikan perasaan itu..ermm.. Advisor BR cuba sambung lagi info berkenaan radiasi mengion...

Dalam Part 1 kita dah kenal pasal jenis-jenis radiasi..
Dalam Part 2 rasanya kita dah tahu asal usul radiasi mengion

Part 3 pula Advisor BR nak bagitau mengenai macam mana radiasi mengion X-Ray terhasil..untuk radiasi mengion seperti Alpha, Beta, Neutron dan Gamma ray kita kira cerita nanti okey..

  • Penghasilan X-Ray bermula apabila tiub X-Ray pada bahagian katod (Negatif -) mengalami proses pengionan terma (Thermionic)
  • Masa proses pengionan terma, elektron  pada bahagian katod (Negatif-) akan melompat keluar terbang menuju ke bahagian anod (Positif +)
  • Apabila eletron yang terbang itu sampe pada bahagian anod (Positif +) maka elektron terbang itu akan berlanggar dengan atom atom yang terdapat pada bahagian anod (Positf +)
  • Pada masa pelanggaran itu, antara interaksi yg berlaku adalah pengionan elektron pada bahagian anod (Positif +) oleh elektron terbang dari bahagian Katod (Negatif -)
  • Hasil pengionan itu la terhasilnya Sinar-X..Ringkas bukan proses terhasilnya Sinar-X..hehe.

-animasi penghasilan Sinar-X apabila elektron terbang berinteraksi dengan elektron pada atom yang dilanggar-



-tiub Sinar-X dalam simpanan Advisor BR utk dibuat tangkal-


-Advisor BR-®



Sabtu, 17 Disember 2011

Berita BR: Marjerin atau Mentega ??


Berita BR: Marjerin atau Mentega? Mana satu pilihan hati...Pagi jumaat semalam Advisor BR buka email office dan terbaca sesuatu yang menarik untuk dikongsi...walaupun tak ada kaitan dengan isu keselamatan radiasi..tapi ia agak menarik untuk ditilik secara mendalam lagi....tajuk dia adalah berkaitan dengan keselamatan makanan …

Email itu difowardkan oleh seorang pakar perubatan..tapi penulis asal masih Anonymous (dia kata pernah bekerja dengan kilang Unilevers Premier Margarine UK sebagai management trainee selama 1 tahun dan di Sri Lanka Managing Margarine Manufacture)

Isu itu berkaitan dengan  Marjerin  dan Mentega

okies Advisor BR akan tempelkan beberapa point yg boleh dijadikan panduan..kalau rasa tak percaya sila buat kajian selanjutnya yer..khususnya untuk yang ada ilmu dalam bidang Kimia. Advisor BR pun tak boleh ulas banyak..sebab bukan kemahiran Adviror BR.



 -bekas marjerin terawal di Tanah Melaya-


e-mel asal dalam bahasa orang putih Advisor BR translate ke Bahasa Melayu dan disantaikan agar mudah orang kebanyakan paham..petikan email seperti dibawah..


Marjerin asalnya dibuat sebagai bahan untuk menggemokkan ayam ayam turkey. Warnanya putih dan bukannya kuning seperti yg kita tengok sekarang nie..warna kuning tu baru ditambah bagi meningkatkan selera manusia nak makan. Apabila banyak ayam Turkey Bermarjerin mati tiba-tiba, maka para pelabur pun menuntut pampasan.



Jadi mereka pun menyiasat apa punca menyebabkan berlakunya peristiwa Holoscaust Ayam Turkey itu..

 
 -ayam turkey bermajerin yg enak dimamam- Tq google :)

Nah maka ketemulah mereka akan jawapannya...


Marjerin dan Mentega mempunyai amaun kalori yg hampir sama

Mentega ada 8 gram lemak tepu berbanding 5 gram untuk marjerin



Berdasarkan kajian Harvard Medical Study, makan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung kpd wanita sebanyak 53 peratus bagi amaun yg sama dengan mentega..



Makan mentega boleh membantu meningkatkan penyerapan kebanyakan nutrient dalam makanan lain oleh badan..



Mentega ada banyak benefit nutrisi semulajadi manakala marjerin ada beberapa sahaja..itupun ditambah secara buatan.



Rasa mentega sudah pastinya lebih sedap daripada marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan yg ditambah dengannya



Mentega sudah digunakan sejak ribuan tahun..manakala marjerin baru digunakan kurang dari seratus tahun.



Marjerin mempunyai asid lemak Trans yang tinggi..ini amat membantu meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung sebanyak 3 kali ganda



Marjerin boleh meningkatkan Jumlah Kolestrol dan LDL (kolestrol jahat) dan menurunkan HDL (kolestrol baik) yang diperlukan badan.



Marjerin boleh meningkatkan risiko kanser sebanyak 5 kali



Marjerin boleh menurunkan kualiti susu ibu



Marjerin boleh mengurangkan tindak balas imun dalam badan (senang kena penyakit)


Marjerin mengurangkan tindak balas insulin..(porakperandakan kawalan gula dalam darah)



Marjerin hanya satu molekul kurang untuk menjadi PLASTIK dan berkongsi 27 bahan asas dengan CAT. Ini kerana pembuatan marjerin menggunakan kaedah penghidrogenan (menambah Hidrogen untuk menukar stuktur kimia sesuatu bahan)



Satu ujikaji ringkas ini boleh dibuat dirumah. Buka satu bekas marjerin di kawasan terbuka dalam beberapa hari..hasil tersebut mungkin boleh dilihat:



Tiada lalat ataupun langau yang akan lepak pada marjerin.

Fizikalnya tidak berubah menjadi cair dan keluarkan bau seperti mana kalau kita letakkan mentega di tempat yang terbuka



ini kerana struktur kimia marjerin hampir menyamai plastik dan tiada nilai nutrisi semulajadi padanya..maka lalat pun tak jumpa sumber makanan kat situ..mungkin mikroorganisma pun tak dapat hidup kerana tiada tempat untuk mereka membiak dalamnya. 

tamat sedutan dari emel.

-walaupun berkarat tak semestinya berkulat-

So harap apa yang dikongsi tidak disalah tafsirkan oelh oleh pembaca..apa yang terbaik kita buat amalan..yang kurang baik kita jadikan pedoman...

-ini sejenis Butter yg x boleh dimamah tapi lemak didengar-

Tapi Advisor BR memang dah lama tak makan Marjerin nie..sebab Advisor BR makan Sekaya...makanan asal tanah Malaya..

-Advisor BR-®













Rabu, 14 Disember 2011

Keluarga Curie..

Hari nie Advisor BR nak jadi cikgu sejarah...ok anak anak murid duk diam2 tumpukan perhatian anda..

-keluarga Mr Curie-

Okies...keluarga nie la salah satu keluarga yang pelik pada era awal abad  20 dulu..keluarga ini dikenali sebagai keluarga Mr Curie..bukannya keluarga Mr Curly..Mr Curly nie blogger seba kelako..

Pada zaman tersebut, keluarga lain sibuk dengan urusan peladangan gandum, mereka pulak sibuk dengan bahan bahan radioaktif...daripada ayah, mak sampe la ke anak...semua sibuk kaji bahan radioaktif...sehingga kan kematian si Emak dan Anak pun kerana kesan radioaktif..Tapi keluarga ini hebat kerana ahli keluarga ini dapat 3 anugerah Nobel Sains atas usaha mereka bermain dengan bahan radioaktif ini..

-Mr Piere Curie (1895-1906) -

Amacam..hensem atok nie kan..nie la ketua keluarga Curie. Mr. Piere Curie
  • Bekerja sama dengan Marie dalam mencari bahan radioaktif..lastly jatuh hati dengan Mary dan kahwin.. 
  • Mendapat Nobel Prizes in Physic bersama Marie pada 1903.
  • Terkenal juga dalam bidang kemagnetan
  • Mati muda pada umur 47 tahun kerana kemalangan kereta kuda. tapi ada sindrom Radium Burn kesan bermain-main dengan bahan radioaktif.

-Marie Curie (1867-1934) -

Aiks sekali tengok gambar posing nie macam gamba nenek Advisor BR la...orang dulu dulu suka sangat posing maut macam tu..hehehe..okies..nenek nie ialah Marie Curie..bininya atok hensem kat atas tu.

  • Nama asal ialah Sklodowska. Nama orang Poland..kerana asalnya dari sana.
  • Kahwin dengan Pierre Currie 1895..(kes tak duduk renggang2 kot ??)
  • Menjumpai unsur radioaktif Radium dan Polonium..Polonium nie diberi nama sempena nama Poland 
  • Mendapat Nobel Prizes in Chemistry 1911
  • Memegang rekod dunia kerana hanya nenek sorang nie saja yg berjaya menang 2 anugerah Nobel dalam 2 bidang.(Fizik & Chemistry)
  • Mati kerana Aplastic Anemia..kesan bermain-main dengan bahan radioaktif.

-Irène Joliot-Curie (1897-1956) -

Nie dia anak pasangan Curie nie...Irène Joliot-Curie. Dikatakan ada adik bokgsu..iaitu Ève Denise Curie.  Ève Denise Curie nie tak pandai sains kot...jadi dia jadi wartawan...berkenaan makcik Irène Joliot-Curie nie
  • Berkahwin dengan Frederic Joliot iaitu sorang saintis fizik yg gemar bermain bahan radioaktif.
  • Menjumpai unsur radioaktif buatan isotop Phosphorus P-30 bersama suami selepas menembak aluminium dengan partikel Aplha
  • Mendapat Nobel Prizes in Chemistry bersama suaminya.
  • Mati disebabkan Leukemia..mungkin kesan stokastik bermain-main dengan bahan radioaktif

Sebagai kesimpulannya..Advisor BR akan buat kenyataan seperti berikut :-
  • Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
  • Dalam setandan pidang tak semuanya akan elok
  • Sebatang lidi mudah patah berbanding seberkas
  • Jangan dibina rumah di tepian pantai jika takut dilambung ombak
-Advisor BR-®



Rabu, 7 Disember 2011

Wordless Wednesday

-look similar but not identical-

-Advisor BR-®

Selasa, 6 Disember 2011

Berita BR: Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam

Berita BR: Semalam Advisor BR ada terbaca mengenai Exit Policy yang akan digunapakai dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mungkin akan berkuatkuasa 1 Januari 2012.
Agak menarik dan mendebarkan juga..kerana ada peruntukan untuk memilih berhenti sendiri jika markah Laporan Penilaian Tahunan (LPP) kurang dari 70 peratus..

Ini sudah menjadi satu cabaran bagi semua orang Gomen tunjukkan komitmen pada kerja..tiada lagi FB dan Tweeter masa kerja yer...hehehe..maklumat lanjut boleh baca kat bawah..

Tapi ini baru dengar-dengar dan terbaca-baca..so orang Gomen jangan cepat melatah..just wait for the Black & White...







Staf kerajaan gagal capai sasaran kerja selama tiga tahun akan dibuang
Kakitangan sektor kerajaan yang gagal memperlihatkan atau mencapai prestasi perkhidmatan disasarkan selama tiga tahun berturut-turut akan ditamatkan kerja di bawah Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang bakal dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini.
The Malaysian Insider difahamkan, peruntukan baru ini terpakai ke atas keseluruhan 1.3 juta tenaga kerja sektor awam, tidak kira peringkat dan kumpulan perkhidmatan.

Sumber memberitahu bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menetapkan empat kategori markah penilaian perkhidmatan iaitu 70 peratus dan ke bawah sebagai syor paras untuk ditamatkan perkhidmatan, 75 peratus ke bawah tiada kenaikan, 85 hingga 95 peratus diberi lapan peratus kenaikan gaji manakala 95 peratus ke atas 15 peratus kenaikan.

SBPA menyediakan sistem gaji satu lapis berbanding tiga lapis yang digunakan sekarang...bacaan lanjut..



Advisor BR nampak sistem Exit Policy ni ala-ala Harakiri @ Seppuku..bunuh diri dengan cara terhormat yg samurai  Jepun guna bila tak boleh lagi berjuang..

-Advisor BR pun berani buat Harakiri demi kelestarian Perkhidmatan Awam-

Berhentilah kerja dengan maruah..daripada terus bekerja tanpa maruah..upah ambil tp kerja tidak seberapa..

-Advisor BR-®


Isnin, 5 Disember 2011

Berita BR: Kembalinya BR ke Radiologi

Berita BR, 4 Dec 2011: Jabatan Radiologi HUSM telah menerima kunjungan 3 orang pelajar Master Sains (Fizik) UKM pada pagi 4 Disember 2011. Advisor BR berbangga kerana salah seorang pelajar itu adalah Teiqah Marziahh iaitu BR yang telah menamatkan Latihan Industri di sini pada Ogos lepas.. Ini menunjukkan  Jabatan Radiologi masih dalam ingatan BR dan menjadi pilihan utama destinasi pelancongan Kelantan bagi BR yang pernah melakukan Latihan Industri di sini..

BR yg lain tu bila nak melancong ke Jabatan Radiologi?

Antara objektif lawatan BR Teiqah Marziahh bersama geng bas sekolahnya ialah:

1. Mendapatkan data berkaitan pengoperasian MRI 3 Tesla dan CT Scan 126-slices
2. Pengumpulan kes-kes klinikal yang menggunakan mesin di atas
3. Memahami skop tugas Ahli Fizik Perubatan (Radiologi)
4. Belanja Advisor BR makan tengahari
5. Sesi bergambar dengan mesin X-Ray sambil memakai lead apron.

Semoga data yang dapat menerusi lawatan ini dapat membantu dalam penyelidikan Master anda. Advisor BR mohon maaf tak dapat membantu atas kesibukan tugas.


Dari kiri: En Khalid Osman (Pengurus Jabatan)
Pn Rohani Abdullah (Juru X-Ray kanan)
Nor Huwaida, BR Teiqah Marziahh,  Akmal Zaini (Visitor)
Prof Madya Dr Wan Ahmad Kamil (Ahli Fizik Perubatan)

" Advisor BR tiada dalam gambar kerana tidak dipelawa untuk masuk bergambar bersama :( "

Bagi sesiapa yang ingin melakukan sebarang lawatan ke Jabatan Radiologi HUSM boleh la menghubungi kami dahulu di talian 09-7673468 untuk mendapatkan pakej-pakej pelancongan yang sesuai...kanak-kanak sekolah amatlah di alu alukan..kami mahu melahirkan generasi yang kenal dan cinta radiasi.

-Advisor BR-®

Khamis, 1 Disember 2011

Radiasi atau sinaran ? Part 2

Kali ini mari kita berkenalan pula dengan radiasi mengion ataupun sinaran mengion..seperti yang diterangkan pada part 1 sebelum ini,  radiasi/sinaran mengion ini terdiri daripada:-

1. X-Ray
2. Gamma Ray
3. Partikel Alpha
4. Partikel Beta
5. Partikel Neutron

Dari mana semua mahkluk tuhan ini datang? Jawapannya mudah..dari kehebatan Maha Pencipta Allah s.w.t..tapi bagaimana proses terjadinya kesemua radiasi di atas boleh diterangkan dengan ilmu fizik..




-struktur atom- tq bro Google :)

Okies..gambar atas adalah satu gambaran atom.  Atom diberi nama oleh saintis Greek sebagai atomos yang membawa maksud tidak boleh dipotong..ini kerana pada zaman tersebut struktur inilah yang paling terkecil boleh dilihat pada sesuatu unsur dan ianya tidak boleh dipotong lagi kepada bahagian yang lebih kecil..maka digelarnya sebagai Atom...(a=tidak boleh, tomos=potong)...

Secara asanya Atom terdiri daripada nukleaus atom (warna merah dan biru tu) dan elektron (warna hijau kat gambo)..

Jadi semua sinaran mengion di atas terhasil daripada struktur atom ini..
Cuma yang berbeza ialah tempat ianya terjasil..

1. X-Ray                - terhasil drpd interaksi pada elektron
2. Gamma Ray       - terhasil drpd interaksi dalam nukleus atom
                                (warna merah dan biru kat gambo)
3. Partikel Alpha     - terhasil drpd interaksi dalam nukleus atom
4. Partikel Beta       - terhasil drpd interaksi dalam nukleus atom
5. Partikel Neutron  - terhasil drpd interaksi dalam nukleus atom

Macam mana ianya terhasil ? kita bincang lain kali pula...


Tahukah anda...bahawa Tomyam asalnya adalah makanan orang Greek yang asalnya dieja tomosyam bermaksud  Ayam yang dipotong potong...( tomos=potong, yam=ayam)...makanan ini dibawa ke Utara Semenjung Emas (utara tanah melayu) oleh para pejuang greek ketika berjuang menentang Garuda bersama Merong Mahawangsa...maka resepi tomosyam jatuh kepada orang siam pada akhir perang...dan depa pun letaklah seafood sebagai penambah perasa dalam tomosyam..dan namanya pun bertukar menjadi
TOM YAM..hahaha..baca boleh percaya jangan bro...

-ini kalu pekna TomosYam time hujan memang mantop beb-

-Advisor BR-®