Budak Roentgen

Selasa, 6 Disember 2011

Berita BR: Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam

Berita BR: Semalam Advisor BR ada terbaca mengenai Exit Policy yang akan digunapakai dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mungkin akan berkuatkuasa 1 Januari 2012.
Agak menarik dan mendebarkan juga..kerana ada peruntukan untuk memilih berhenti sendiri jika markah Laporan Penilaian Tahunan (LPP) kurang dari 70 peratus..

Ini sudah menjadi satu cabaran bagi semua orang Gomen tunjukkan komitmen pada kerja..tiada lagi FB dan Tweeter masa kerja yer...hehehe..maklumat lanjut boleh baca kat bawah..

Tapi ini baru dengar-dengar dan terbaca-baca..so orang Gomen jangan cepat melatah..just wait for the Black & White...







Staf kerajaan gagal capai sasaran kerja selama tiga tahun akan dibuang
Kakitangan sektor kerajaan yang gagal memperlihatkan atau mencapai prestasi perkhidmatan disasarkan selama tiga tahun berturut-turut akan ditamatkan kerja di bawah Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang bakal dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini.
The Malaysian Insider difahamkan, peruntukan baru ini terpakai ke atas keseluruhan 1.3 juta tenaga kerja sektor awam, tidak kira peringkat dan kumpulan perkhidmatan.

Sumber memberitahu bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menetapkan empat kategori markah penilaian perkhidmatan iaitu 70 peratus dan ke bawah sebagai syor paras untuk ditamatkan perkhidmatan, 75 peratus ke bawah tiada kenaikan, 85 hingga 95 peratus diberi lapan peratus kenaikan gaji manakala 95 peratus ke atas 15 peratus kenaikan.

SBPA menyediakan sistem gaji satu lapis berbanding tiga lapis yang digunakan sekarang...bacaan lanjut..



Advisor BR nampak sistem Exit Policy ni ala-ala Harakiri @ Seppuku..bunuh diri dengan cara terhormat yg samurai  Jepun guna bila tak boleh lagi berjuang..

-Advisor BR pun berani buat Harakiri demi kelestarian Perkhidmatan Awam-

Berhentilah kerja dengan maruah..daripada terus bekerja tanpa maruah..upah ambil tp kerja tidak seberapa..

-Advisor BR-®


Tiada ulasan: