Budak Roentgen

Ahad, 3 Julai 2011

Siapa Roentgen?

Assalamualaikum

Sebelum kami budak-budak roentgen (BR) post entry-entry yang seterusnya. BR nak kenalkan siapa Roentgen yang sebenarnya. Kalau sebut tentang artis-artis popular macam Justin Bieber, Angelina Jolie, Brad Pitt, Siti Nurhaliza dan sebagainya mesti semua orang kenal. Tapi kalau sebut tentang Alexander Graham Bell, Albert Einstein dan saintis-saintis lain belum tentu kita kenal. Walhal nama-nama tu memang ada dekat buku sains darjah 5 lagi. Ini belum cakap tentang Roentgen?? siapa yang kenal?? Ini la seorang manusia yang BR nak ketengahkan. Seorang manusia yang banyak berjasa pada seluruh dunia dan alam semesta. Erkk!


ok. Jom kenal Uncle Roentgen. Bulatan merah tu la gambar Roentgen yang dah dikartunkan. Tapi gambar saja belum tentu cukup untuk kita kenal siapa dia.  BR percaya semua orang penah g wat medical Check Up dan time tu komfirm2 la kena wat chest x ray kan?? pernah tak kita tanya diri sendiri apa gunanya semua tu? siapa yang cipta semua tu? wujud ke sifat ingin tahu macam ni dalam diri kita? 




Roentgen atau nama sebenarnya Wilhelm Conrad Röntgen merupakan manusia pertama dalam dunia ni yang menemukan x-ray dalam tahun 1895 macam tu. Dalam tak sengaja dia dah temukan x ray dan telah bagi sumbangan yang besar dalam bidang Fizik dan Perubatan. Masa mula-mula dia  jumpa x ray ni dia cuma bagi nama sinaran ni sebagai 'x' macam yang selalu kita gune dalam eksperimen sains, setiap subjek yang kita tak tau kita akan namakan 'x' kan? tapi dalam tak sedar, nama sinar-x atau x - ray tu lekat sampai sekarang.  sebab dia da jumpe satu penemuan yang kira hebat time tue, dia diberi anugerah nobel dalam fizik.

Kira hebat la kan sebab teori pasal x-ray tu kita guna sampai sekarang. Bukan setakat dalam bidang perubatan malah x-ray ni kita guna juga dalam bidang industri dan sebagainya. walaupun dah diberi anugerah nobel dengan duit sejuta dolar, Roentgen tak nak patentkan penemuan dia sebab nak masyarakat dunia dengan bebas boleh gunakan kajian dia. Duit yang dia dapat pula diderma pada universiti tempat dia belajar. Roentgen ni memang bagus sangat sebab  dia tak pernah nak terima pujian ataupun mana-mana keuntungan daripada penyelidikan dia. 

BR tak nak cerita panjang, cukupla dengan kita tau siapa dia dan apa sumbangan dia pada dunia. kita sepatutnya berterima kasih pada dia sebab kalau tak ada dia maybe x - ray ni tak kan jumpa sampai sekarang. bidang perubatan takkan berkembang dan kita juga yang susah sebab kalau tak guna x -ray doktor kena belah dulu bahagian badan kita untuk tengok apa penyakit yang sebenarnya. nak gitu?? hehe..  apa-apa pun BR nak petik satu kata-kata Roentgen sewaktu ditanya apa yang dia fikir pasal kajian yang telah dia lakukan. 

" I don't think, I investigate"

Tiada ulasan: