Budak Roentgen

Isnin, 4 Julai 2011

Malu Bertanya Sesat Jalan

Do you know the difference between education and experience?  Education is when you read the fine print; experience is what you get when you don't.  ~Pete Seeger

Pengalaman sepanjang BR jalani latihan industri kat Jabatan Radiologi memang banyak giler and kebanyakannya BR tak penah alami dan mungkin tak penah BR lalui lagi lepas ni. Antara yang BR paling ingat ialah bila BR follow kakak-kakak ngan abang-abang radiographer ke wad-wad yang ada kat sini untuk mobile x-ray. Mobile x-ray tuh guna kalau patient kat hospital ni x ley nak turun kat Jabatan atas sebab-sebab tertentu. Die kira macam mesin x-ray yang boleh ditolak ke sana ke mari dan sesuka hati jerk. lebih kurang macam ni la.. boleh bawa sambil nyanyi -nyanyi masuk wad...


Follow benda ni memang best sebab die simple je and boleh buat kita enjoy sangat-sangat. Kadang-kadang ada juga terasa nak gelak time masuk wad dengan mesin ni sebab orang-orang dalam wad tu lari bertempiaran selamatkan diri daripada terkena radiasi ataupun sinar x yang boleh membahayakan kesihatan dan juga nyawa. Biasanya time nak shoot kita dapat tengok bermacam-macam gelagat orang kat dalam tu. ada yang lari keluar wad, ada yang menyorok belakang langsir, ada yang menyorok bawah meja, dan tak kurang ada juga yang wat muka blur.  Boleh kata keadaan time tu berterabor. 



Kat sini la pengetahuan tentang x ray tu perlu. Melarikan diri dari mesin x ray tu da betul sebab prinsip untuk berlindung dari x ray tu sendiri ialah seboleh-bolehnya menjauhkan diri dari sumber. Sumber kat sini ialah mobile x ray tu sendiri la. Tapi dalam masa yang sama kita sendiri kena tahu bahawasanya x ray yang terserak kat persekitaran tu hanyalah pada jarak 2 meter. Jadi kalau kita ada pengalaman macam ni dekat wad, cukup la dengan menjauhkan diri lebih kurang jarak 2 meter dari sumber dan janganlah duduk ngadap mesin x ray tu pula. Tentang menyorok belakang langsir ataupun bawah meja tu pula sebenarnya adalah kurang relevan sebab x ray ni boleh menembusi langsir. Yang dia tak boleh tembus cuma plumbum dan bahan-bahan yang sewaktu dengannya. 



Sebab tu la time radiographer tu shoot dia akan pegang satu baju yang kita panggil "lead gown" yang lindung dia dari x ray yang terserak ke persekitaran. maka kami budak-budak roentgen yang follow dia dengan berbesar hati akan beratur dalam garis lurus di belakang dia untuk turut melindung diri. Hmmmmmm... sekarang da faham sikit tak tentang perlindungan daripada x ray time kita melawat sanak saudara kat wad dan sebagainya??

p/s : malu bertanya sesat jalan. tapi tak tanya pun BR sudi tunjukkan jalan :)



1 ulasan:

Azuan berkata...

lain benar dengan belajar bila dah praktikal ni...