Label

Budak Roentgen

Memaparkan catatan dengan label Berita BR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita BR. Papar semua catatan

Khamis, 5 Julai 2012

kami budak baru!!

KAMI BUDAK BARU!!! (^_^) baru je masuk (baru laa sngt padahal nak dekat sminggu dah) LOL
So as u know, wlaupun dah 4 hari, tapi ktorng dah belajar tau (banyak ke?? hmm banyak laa jgk kan). Kami di tugaskan untuk menjelajah sekitar kampus dan hospital (penat ooo. tp berbaloi) utk 'berkenalan' dgn unit-unit dan tempat penting etc tempat makan (paling penting tuuu esp org cm admin ni haa), surau, unit keselamatan dan sbgnya.

haa haritu kannn.... ktorang ada belajar cara nak calibrate mesin x-ray (mcm jakun pun ada tp aku je laa kan) tp syok cam buat experiment (experiment syok sendiri). Amik data main tekan calculator, siap pakai inverse square law lg tau. Tp yg pastinye bukan kami yg kira. HAHAHAHA. Ktorng juz amik data je. Tolong2 mereka yg PAKAR aka En Nik Kamarullah & En Ridhuan.
haa kalu u olls nak tau nie laa mesin x-ray nye

Fourth day kat cni, baru ktorng start kemas ofis. Susun semua benda yg ada dlm bilik nie. Bak kata Cik N dah mcm jd SPY duk slongkar kabinet.

Hasilnya~~~~ TARAAA~~~~




so setakat nie dulu laa dr kami budak2 batch 2012~~~

Selasa, 3 Januari 2012

Berita BR: Selamat Tahun Baru 2012

Berita BR: Selamat tahun baru 2012 utk semua yang membawa  membaca blog BR ini..sempena dengan masuknya tahun baru 2012. Jabatan Radiologi HUSM telah mengadakan satu Majlis Perutusan Tahun Baru 2012. Seperti biasa lah..anak anak buah akan mendengar pelan perancangan dan hala tuju Jabatan pada tahun 2012.
-Ketua Jabatan Dr Shafie Abdullah menyampaikan amanat-

Advisor BR sempat mendengar intipati ucapan Dr. Shafie, antaranya beliau meminta warga Radiologi HUSM agar sama sama bekerja seperti satu keluarga..ini kerana apabila dengan adanya perasaan kekeluargaan itu satu perkara yang boleh membawa perbalahan mudah untuk diselesaikan..bak kata orang lama-lama..

"carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua"

 -keluarga Radiologi HUSM-
 -macam-macam pangkat ada-
-warga Radiologi HUSM berjumlah 145 orang-

Pengakhiran majlis diadakan satu majlis perpisahan di antara 4 orang staf iaitu :
  1. Pn Wan Norazimah - Kerani yang berpindah ke Unit Diatetik
  2. En Arif - Pembantu Am Pejabat yang berpindah  makmal Hematologi
  3. Pn Rohani - Jururawat yang berpindah ke Klini O&G
  4. En Amanah - Pembantu Am Pejabat yang bersara awal..
Penamat majlis nie la yang paling ditunggu Advisor BR..upacara pecah perut..makan sempena tahun baru...Advisor BR makan nasi + budu jer..:)







-Advisor BR-®


Sabtu, 17 Disember 2011

Berita BR: Marjerin atau Mentega ??


Berita BR: Marjerin atau Mentega? Mana satu pilihan hati...Pagi jumaat semalam Advisor BR buka email office dan terbaca sesuatu yang menarik untuk dikongsi...walaupun tak ada kaitan dengan isu keselamatan radiasi..tapi ia agak menarik untuk ditilik secara mendalam lagi....tajuk dia adalah berkaitan dengan keselamatan makanan …

Email itu difowardkan oleh seorang pakar perubatan..tapi penulis asal masih Anonymous (dia kata pernah bekerja dengan kilang Unilevers Premier Margarine UK sebagai management trainee selama 1 tahun dan di Sri Lanka Managing Margarine Manufacture)

Isu itu berkaitan dengan  Marjerin  dan Mentega

okies Advisor BR akan tempelkan beberapa point yg boleh dijadikan panduan..kalau rasa tak percaya sila buat kajian selanjutnya yer..khususnya untuk yang ada ilmu dalam bidang Kimia. Advisor BR pun tak boleh ulas banyak..sebab bukan kemahiran Adviror BR.



 -bekas marjerin terawal di Tanah Melaya-


e-mel asal dalam bahasa orang putih Advisor BR translate ke Bahasa Melayu dan disantaikan agar mudah orang kebanyakan paham..petikan email seperti dibawah..


Marjerin asalnya dibuat sebagai bahan untuk menggemokkan ayam ayam turkey. Warnanya putih dan bukannya kuning seperti yg kita tengok sekarang nie..warna kuning tu baru ditambah bagi meningkatkan selera manusia nak makan. Apabila banyak ayam Turkey Bermarjerin mati tiba-tiba, maka para pelabur pun menuntut pampasan.



Jadi mereka pun menyiasat apa punca menyebabkan berlakunya peristiwa Holoscaust Ayam Turkey itu..

 
 -ayam turkey bermajerin yg enak dimamam- Tq google :)

Nah maka ketemulah mereka akan jawapannya...


Marjerin dan Mentega mempunyai amaun kalori yg hampir sama

Mentega ada 8 gram lemak tepu berbanding 5 gram untuk marjerin



Berdasarkan kajian Harvard Medical Study, makan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung kpd wanita sebanyak 53 peratus bagi amaun yg sama dengan mentega..



Makan mentega boleh membantu meningkatkan penyerapan kebanyakan nutrient dalam makanan lain oleh badan..



Mentega ada banyak benefit nutrisi semulajadi manakala marjerin ada beberapa sahaja..itupun ditambah secara buatan.



Rasa mentega sudah pastinya lebih sedap daripada marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan yg ditambah dengannya



Mentega sudah digunakan sejak ribuan tahun..manakala marjerin baru digunakan kurang dari seratus tahun.



Marjerin mempunyai asid lemak Trans yang tinggi..ini amat membantu meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung sebanyak 3 kali ganda



Marjerin boleh meningkatkan Jumlah Kolestrol dan LDL (kolestrol jahat) dan menurunkan HDL (kolestrol baik) yang diperlukan badan.



Marjerin boleh meningkatkan risiko kanser sebanyak 5 kali



Marjerin boleh menurunkan kualiti susu ibu



Marjerin boleh mengurangkan tindak balas imun dalam badan (senang kena penyakit)


Marjerin mengurangkan tindak balas insulin..(porakperandakan kawalan gula dalam darah)



Marjerin hanya satu molekul kurang untuk menjadi PLASTIK dan berkongsi 27 bahan asas dengan CAT. Ini kerana pembuatan marjerin menggunakan kaedah penghidrogenan (menambah Hidrogen untuk menukar stuktur kimia sesuatu bahan)



Satu ujikaji ringkas ini boleh dibuat dirumah. Buka satu bekas marjerin di kawasan terbuka dalam beberapa hari..hasil tersebut mungkin boleh dilihat:



Tiada lalat ataupun langau yang akan lepak pada marjerin.

Fizikalnya tidak berubah menjadi cair dan keluarkan bau seperti mana kalau kita letakkan mentega di tempat yang terbuka



ini kerana struktur kimia marjerin hampir menyamai plastik dan tiada nilai nutrisi semulajadi padanya..maka lalat pun tak jumpa sumber makanan kat situ..mungkin mikroorganisma pun tak dapat hidup kerana tiada tempat untuk mereka membiak dalamnya. 

tamat sedutan dari emel.

-walaupun berkarat tak semestinya berkulat-

So harap apa yang dikongsi tidak disalah tafsirkan oelh oleh pembaca..apa yang terbaik kita buat amalan..yang kurang baik kita jadikan pedoman...

-ini sejenis Butter yg x boleh dimamah tapi lemak didengar-

Tapi Advisor BR memang dah lama tak makan Marjerin nie..sebab Advisor BR makan Sekaya...makanan asal tanah Malaya..

-Advisor BR-®













Selasa, 6 Disember 2011

Berita BR: Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam

Berita BR: Semalam Advisor BR ada terbaca mengenai Exit Policy yang akan digunapakai dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mungkin akan berkuatkuasa 1 Januari 2012.
Agak menarik dan mendebarkan juga..kerana ada peruntukan untuk memilih berhenti sendiri jika markah Laporan Penilaian Tahunan (LPP) kurang dari 70 peratus..

Ini sudah menjadi satu cabaran bagi semua orang Gomen tunjukkan komitmen pada kerja..tiada lagi FB dan Tweeter masa kerja yer...hehehe..maklumat lanjut boleh baca kat bawah..

Tapi ini baru dengar-dengar dan terbaca-baca..so orang Gomen jangan cepat melatah..just wait for the Black & White...







Staf kerajaan gagal capai sasaran kerja selama tiga tahun akan dibuang
Kakitangan sektor kerajaan yang gagal memperlihatkan atau mencapai prestasi perkhidmatan disasarkan selama tiga tahun berturut-turut akan ditamatkan kerja di bawah Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang bakal dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini.
The Malaysian Insider difahamkan, peruntukan baru ini terpakai ke atas keseluruhan 1.3 juta tenaga kerja sektor awam, tidak kira peringkat dan kumpulan perkhidmatan.

Sumber memberitahu bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menetapkan empat kategori markah penilaian perkhidmatan iaitu 70 peratus dan ke bawah sebagai syor paras untuk ditamatkan perkhidmatan, 75 peratus ke bawah tiada kenaikan, 85 hingga 95 peratus diberi lapan peratus kenaikan gaji manakala 95 peratus ke atas 15 peratus kenaikan.

SBPA menyediakan sistem gaji satu lapis berbanding tiga lapis yang digunakan sekarang...bacaan lanjut..



Advisor BR nampak sistem Exit Policy ni ala-ala Harakiri @ Seppuku..bunuh diri dengan cara terhormat yg samurai  Jepun guna bila tak boleh lagi berjuang..

-Advisor BR pun berani buat Harakiri demi kelestarian Perkhidmatan Awam-

Berhentilah kerja dengan maruah..daripada terus bekerja tanpa maruah..upah ambil tp kerja tidak seberapa..

-Advisor BR-®


Isnin, 5 Disember 2011

Berita BR: Kembalinya BR ke Radiologi

Berita BR, 4 Dec 2011: Jabatan Radiologi HUSM telah menerima kunjungan 3 orang pelajar Master Sains (Fizik) UKM pada pagi 4 Disember 2011. Advisor BR berbangga kerana salah seorang pelajar itu adalah Teiqah Marziahh iaitu BR yang telah menamatkan Latihan Industri di sini pada Ogos lepas.. Ini menunjukkan  Jabatan Radiologi masih dalam ingatan BR dan menjadi pilihan utama destinasi pelancongan Kelantan bagi BR yang pernah melakukan Latihan Industri di sini..

BR yg lain tu bila nak melancong ke Jabatan Radiologi?

Antara objektif lawatan BR Teiqah Marziahh bersama geng bas sekolahnya ialah:

1. Mendapatkan data berkaitan pengoperasian MRI 3 Tesla dan CT Scan 126-slices
2. Pengumpulan kes-kes klinikal yang menggunakan mesin di atas
3. Memahami skop tugas Ahli Fizik Perubatan (Radiologi)
4. Belanja Advisor BR makan tengahari
5. Sesi bergambar dengan mesin X-Ray sambil memakai lead apron.

Semoga data yang dapat menerusi lawatan ini dapat membantu dalam penyelidikan Master anda. Advisor BR mohon maaf tak dapat membantu atas kesibukan tugas.


Dari kiri: En Khalid Osman (Pengurus Jabatan)
Pn Rohani Abdullah (Juru X-Ray kanan)
Nor Huwaida, BR Teiqah Marziahh,  Akmal Zaini (Visitor)
Prof Madya Dr Wan Ahmad Kamil (Ahli Fizik Perubatan)

" Advisor BR tiada dalam gambar kerana tidak dipelawa untuk masuk bergambar bersama :( "

Bagi sesiapa yang ingin melakukan sebarang lawatan ke Jabatan Radiologi HUSM boleh la menghubungi kami dahulu di talian 09-7673468 untuk mendapatkan pakej-pakej pelancongan yang sesuai...kanak-kanak sekolah amatlah di alu alukan..kami mahu melahirkan generasi yang kenal dan cinta radiasi.

-Advisor BR-®

Isnin, 28 November 2011

Berita BR: Banjir...bersediakah kita?

Berita BR : Banjir telah melanda HUSM..hujan yang kadang kadang lebat telah menyebabkan peningkatan paras air dalam sistem saliran air dan menyebabkan berlaku limpahan air..antara kawasan yang terjejas termasuklah Jabatan Radiologi..2 unit mesin Ultrasound masuk ICU..lain lain perlatan selamat atas kecekapan kakitangan Jabatan.

Info Banjir Kelantan


-ketirisan yang tidak berhenti-

-mulianya tugas-


-air sedang beratur nak naik lif-

-laluan berhampiran Oren Kafe-

Harap bila masuk musim hujan yang betul betul lebat..BR yang tak bekerja lagitu diharap dapat meningkatkan tahap kesegiaan untuk dipanggil kembali ke HUSM bagi mencuci jabatan radiologi...heheheh..(*makan dan minum Advisor BR tanggung)
-Advisor BR-®