Budak Roentgen

Rabu, 1 Ogos 2012

Peralatan Radiasi- Part 2

Agak lama jugak BR biarkan blog ni ber'habuk' lama2. So hari ini BR nak sambung cerita mengenai peralatan yang terlibat dalam radiasi tidak mengion. Sebelum ni, BR dah cerita mengenai peralatan radiasi mengion ( Perlatan Radiasi - Part 1)

Radiasi tidak mengion ini sama je macam radiasi mengion tapi yang membezakan kedua-dua ini ialah dari segi tenaga. Tenaga radiasi tidak mengion ni tidak la sekuat  tenaga radiasi mengion. Dalam istilah fizik, radiasi tidak mengion ini tidak mempunyai tenaga yang kuat utk mengeluarkan 'sebutir' elektron dari 'sebiji' atom atau molekul. Kalau kita tgk gambar dkt bawah ni, radiasi tidak mengion (sebelah kiri gambar) memang wujud disekitar kita dan lebih tepat lagi, kita selalu gunakannya. Contoh paling ringkas ialah lampu  kalimantang. Cahaya lampu kalimantang ni tergolong dalam radiasi tidak mengion.  

electromagnetic radiation


ok, habis cerita psl radiasi tidak mengion. Sekarang ni BR trus kepada peralatan yang menggunakan radiasi ini. Contoh yang paling popular ialah mesin MRI dan Ultrasound. 

Mesin Magnetic Resonance Imaging ( MRI )


Mesin MRI ini merupakan teknologi pengimejan yang digunakan secara meluas untuk diagnosis pelbagai keadaan penyakit. Mesin ini menggunakan prinsip magnet. Bukan calang2 magnet ye. Kekuatan magnet mesin MRI ini adalah 10 000 kali ganda berbanding tarikan graviti bumi. Kuatkan? Dgr mcm gerun je kan tapi mesin MRI ni selamat digunakan. Pertama sebab mesin ni tidak menggunakan radiasi mengion. Kedua sbb ade safety guidelines.

Ultrasound

Sebelum ni yang kita tahu mesin ultrasound digunakan utk 'check' kandungan ibu mengandung. Sebenarnya tidak jugak. Pelbagai jenis diagnosis boleh dilakukan menggunakan mesin ultrasound. Selain itu, ultrasound tidak terhad kepada diagnosis tetapi juga boleh digunakan untuk membantu dalam rawatan penyakit. . Antaranya pemeriksaan pundi kencing, ginjal, abdomen dan banyak lagi la.

Ok, sampai disini dlu.........Sekian.


Tiada ulasan: