Budak Roentgen

Isnin, 16 Julai 2012

Peralatan Radiasi - Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat reader yang tersayang........

Hari ni BR nak update mengenai peralatan yang menggunakan radiasi. Peralatan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu peralatan radiasi mengion dan tidak mengion. Entri kali ni, BR mula dengan peralatan radiasi mengion dulu. InsyaAllah, lepas ni BR update untuk peralatan radiasi tidak mengion plak ye. Sebelum ni, BR dah bagi tahu apa itu radiasi mengion kan? Kalau xtahu, klik sendiri dekat link ini (Radiasi Mengion).  

  
Kebiasaanya, kalau kita sakit2 biasa macam deman, selsema, batuk atau luka2 kecil, doktor dkt hospital akan rawat atau periksa kita dengan alat2 mcm dkt atas tu tapi kalau kita menghidap penyakit yang tidak boleh dikesan dengan mata kasar, boleh ke guna alat2 ni? Jawapannya, mesti xboleh. 

Jalan penyelesaiannya, anda akan diimbas menggunakan alat yang mengeluarkan radiasi seperti x-ray atau sinar gamma. Alat-alat seperti CT scan, general x-ray, angiogram, floroskopi dan densimometer merupakan alat yang menggunakan radiasi mengion. Sudah pasti setiap alat ini mempunyai fungsi yang tertentu bergantung kepada keperluan.......

1. General X-ray (Plain)


Fungsi: - mengambil gambar x-ray pada bahagian anggota badan seperti kepala, kaki dan tangan

2. CT scan


Fungsi: - menampilkan gambar objek atau tubuh badan yang hendak dirawat dengan menghasilkan gambaran-gambaran objek yang berupa potongan-potongan tubuh. 

3. Angiogram


Dengan menggunakan teknologi angiografi ini, salah satu pemeriksaan yang boleh dilakukan ialah melihat keadaan salur darah manusia seperti berlakunya penyumbatan atau penyempitan salur darah. Dengan itu, para doktor dapat merawat kerosakan salur darah tersebut dengan hanya melihat image yang dipaparkan secara jelas melalui komputer tanpa melakukan pembedahan terbuka.

4. Orthopantomogram (OPG)


Fungsi: - digunakan untuk mengambil x-ray dibahagian gigi atau rahang 


Dalam zaman yang serba moden ni sebenarnya byk teknologi yang dapat membantu merawat dan mengubati pelbagai penyakit. InsyaAllah, untuk entri yang seterusnya, BR akan berkongsi dengan semua pembaca......Jangan lupa nantikan entri seterusnya ye.......

p/s: Kesemua peralatan ni terdapat di Jabatan Radiologi, HUSM.........





Tiada ulasan: