Budak Roentgen

Isnin, 5 Disember 2011

Berita BR: Kembalinya BR ke Radiologi

Berita BR, 4 Dec 2011: Jabatan Radiologi HUSM telah menerima kunjungan 3 orang pelajar Master Sains (Fizik) UKM pada pagi 4 Disember 2011. Advisor BR berbangga kerana salah seorang pelajar itu adalah Teiqah Marziahh iaitu BR yang telah menamatkan Latihan Industri di sini pada Ogos lepas.. Ini menunjukkan  Jabatan Radiologi masih dalam ingatan BR dan menjadi pilihan utama destinasi pelancongan Kelantan bagi BR yang pernah melakukan Latihan Industri di sini..

BR yg lain tu bila nak melancong ke Jabatan Radiologi?

Antara objektif lawatan BR Teiqah Marziahh bersama geng bas sekolahnya ialah:

1. Mendapatkan data berkaitan pengoperasian MRI 3 Tesla dan CT Scan 126-slices
2. Pengumpulan kes-kes klinikal yang menggunakan mesin di atas
3. Memahami skop tugas Ahli Fizik Perubatan (Radiologi)
4. Belanja Advisor BR makan tengahari
5. Sesi bergambar dengan mesin X-Ray sambil memakai lead apron.

Semoga data yang dapat menerusi lawatan ini dapat membantu dalam penyelidikan Master anda. Advisor BR mohon maaf tak dapat membantu atas kesibukan tugas.


Dari kiri: En Khalid Osman (Pengurus Jabatan)
Pn Rohani Abdullah (Juru X-Ray kanan)
Nor Huwaida, BR Teiqah Marziahh,  Akmal Zaini (Visitor)
Prof Madya Dr Wan Ahmad Kamil (Ahli Fizik Perubatan)

" Advisor BR tiada dalam gambar kerana tidak dipelawa untuk masuk bergambar bersama :( "

Bagi sesiapa yang ingin melakukan sebarang lawatan ke Jabatan Radiologi HUSM boleh la menghubungi kami dahulu di talian 09-7673468 untuk mendapatkan pakej-pakej pelancongan yang sesuai...kanak-kanak sekolah amatlah di alu alukan..kami mahu melahirkan generasi yang kenal dan cinta radiasi.

-Advisor BR-®

Tiada ulasan: