Budak Roentgen

Rabu, 14 Disember 2011

Keluarga Curie..

Hari nie Advisor BR nak jadi cikgu sejarah...ok anak anak murid duk diam2 tumpukan perhatian anda..

-keluarga Mr Curie-

Okies...keluarga nie la salah satu keluarga yang pelik pada era awal abad  20 dulu..keluarga ini dikenali sebagai keluarga Mr Curie..bukannya keluarga Mr Curly..Mr Curly nie blogger seba kelako..

Pada zaman tersebut, keluarga lain sibuk dengan urusan peladangan gandum, mereka pulak sibuk dengan bahan bahan radioaktif...daripada ayah, mak sampe la ke anak...semua sibuk kaji bahan radioaktif...sehingga kan kematian si Emak dan Anak pun kerana kesan radioaktif..Tapi keluarga ini hebat kerana ahli keluarga ini dapat 3 anugerah Nobel Sains atas usaha mereka bermain dengan bahan radioaktif ini..

-Mr Piere Curie (1895-1906) -

Amacam..hensem atok nie kan..nie la ketua keluarga Curie. Mr. Piere Curie
  • Bekerja sama dengan Marie dalam mencari bahan radioaktif..lastly jatuh hati dengan Mary dan kahwin.. 
  • Mendapat Nobel Prizes in Physic bersama Marie pada 1903.
  • Terkenal juga dalam bidang kemagnetan
  • Mati muda pada umur 47 tahun kerana kemalangan kereta kuda. tapi ada sindrom Radium Burn kesan bermain-main dengan bahan radioaktif.

-Marie Curie (1867-1934) -

Aiks sekali tengok gambar posing nie macam gamba nenek Advisor BR la...orang dulu dulu suka sangat posing maut macam tu..hehehe..okies..nenek nie ialah Marie Curie..bininya atok hensem kat atas tu.

  • Nama asal ialah Sklodowska. Nama orang Poland..kerana asalnya dari sana.
  • Kahwin dengan Pierre Currie 1895..(kes tak duduk renggang2 kot ??)
  • Menjumpai unsur radioaktif Radium dan Polonium..Polonium nie diberi nama sempena nama Poland 
  • Mendapat Nobel Prizes in Chemistry 1911
  • Memegang rekod dunia kerana hanya nenek sorang nie saja yg berjaya menang 2 anugerah Nobel dalam 2 bidang.(Fizik & Chemistry)
  • Mati kerana Aplastic Anemia..kesan bermain-main dengan bahan radioaktif.

-Irène Joliot-Curie (1897-1956) -

Nie dia anak pasangan Curie nie...Irène Joliot-Curie. Dikatakan ada adik bokgsu..iaitu Ève Denise Curie.  Ève Denise Curie nie tak pandai sains kot...jadi dia jadi wartawan...berkenaan makcik Irène Joliot-Curie nie
  • Berkahwin dengan Frederic Joliot iaitu sorang saintis fizik yg gemar bermain bahan radioaktif.
  • Menjumpai unsur radioaktif buatan isotop Phosphorus P-30 bersama suami selepas menembak aluminium dengan partikel Aplha
  • Mendapat Nobel Prizes in Chemistry bersama suaminya.
  • Mati disebabkan Leukemia..mungkin kesan stokastik bermain-main dengan bahan radioaktif

Sebagai kesimpulannya..Advisor BR akan buat kenyataan seperti berikut :-
  • Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
  • Dalam setandan pidang tak semuanya akan elok
  • Sebatang lidi mudah patah berbanding seberkas
  • Jangan dibina rumah di tepian pantai jika takut dilambung ombak
-Advisor BR-®



1 ulasan:

mr.curly berkata...

aduhhh..wa ingatkn ni famili wa pnye kesah..huhu

#dasat gak info lu ni ekk..hikhik