Budak Roentgen

Rabu, 15 Ogos 2012

Puasa dan Radiasi

Sekali lagi budak roentgen mula menaip dan jari mula menekan-nekan keyboard yang sampai akhirnya membentuk beberapa ayat.. wow!!

Satu bulan ramadhan dah hampir tamat. Rindu rasanye pada blog ni dan nampaknye dah banyak terupdate selepas blog ini lama ditinggalkan. Alhamdulillah. Seingat saya, last jari ni menaip masa bulan puasa juga tapi postnye pon tak siap-siap sampai sekarang.  Maaf sebab kesibukan menghalang diri dari terus menaip. tak lupe juga selamat datang kepada warga budak roentgen yang baru. Welkam to da house!

“The best of all medicines is resting and fasting"



Hampir sebulan berpuasa tapi tahukah kita bahawa puasa ini membawa sejuta satu kelebihan? Nak dikira guna jari tangan dan kaki rasenye tak cukup. Jadi eloklah kiranya kita hanya fokuskan pada puasa dan radiasi. Kata budak roentgen kan? Nak juga kaitkan dengan radiasi..

Ingat lagi kita tentang kemalangan nuklear di Chernobyl suatu ketika dulu? Letupan loji nuklear di Chernobyl boleh dikatakan sebagai salah satu letupan nuklear terbesar dalam sejarah dunia dan kesannya boleh kita lihat sampai harini. 

Beberapa mangsa kat Chernobyl time tu dirawat oleh doktor dari Rusia dengan disuruh mengamalkan puasa kering (dry fasting). Puasa kering ni macam lebih kurang puasa kita sekarang la. tak de makanan dan tak de air. Cuma tempoh puasa tu je membezakan. Berbalik pada cerita tadi, doktor-doktor tu semua percaya yang tubuh badan kita ni dapat dibersihkan daripada kerosakan yang berpunca daripada radiasi dengan mengelakkan dari makan dan minum untuk masa-masa yang tertentu. Kira macam puasa la kan? Kaedah ni pula dikhabarkan memang bagi kesan yang bagus untuk mangsa-mangsa bencana Chernobyl.


Jadi, boleh dikatakan bahawa even puasa pun boleh rawat radiasi dalam badan kita. Ye la.. sekarang ni semua benda pon nak radiasi.. tak terjadi letupan pon boleh kena radiasi. Makanan, komputer, tv, telefon.... walaupun jumlah die tu sedikit sebab just diconsiderkan sebagai backgroun radiation tapi tetap kita kena waspada kan. Lebih-lebih lagi untuk orang yang bekerja dalam bidang radioterapi dan radiologi, Kita tak tau kot-kot ada kebocoran mane-mane atau samada kite ni betul-betul  terkena dos radiasi yang dibenarkan. Kena ingat sebab radiasi bukan boleh dilihat dengan mata kasar. Kalau boleh mesti nampak radiasi je mengelak, nampak radiasi je mengelak.. Amboi.... 

Nota tambahan ihsan http://unikversiti.blogspot.com  (Terima kasih sebab bagi something yang bermanfaat)


"Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik / racun-racun dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit.Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan."



p/s: sayangnya untuk orang yang malas puasa.. Rugi ok! bukan lama pon.. beberapa jam je.. Time puasa tu terasa bahagia je.. lebih-lebih lagi time bulan ramadhan

Selamat hari raya (lagi empat hari) diucapkan kepada budak roentgen dan juga advisor BR (En. Nik)..
Mohon maaf jika ada apa-apa kesalahan dari kami budak roentgen 2011 dan 2012. Kenangan dan pengalaman di Jabatan Radiologi HUSM akan kami gunakan sebaik mungkin. Terima kasih.. 

Rabu, 8 Ogos 2012

Iftar + Moreh

Ramadhan yang ke-14 dan 16, geng2 BR dari USM, UITM dan UPM menerima jemputan iftar dan moreh dari 2 orang sahabat dari kelantan. Alhamdulillah, sedap makanan iftar malam tu. Lepas terawih sama2, kami pergi ke pantai cahaya bulan, PCB utk ber'moreh'. Dalam masa yang sama, kami semua celebrate birthday may yang ke-22.

Layan gambar je la ye.......

Iftar di rumah Aisyah - singgang daging, ikan percik


Iftar di rumah ninie - sup daging, ayam kurma


Moreh di PCB - colek buah, colek seafood

Birthday May......



Birthday Girl.....


Terima kasih kepada aisyah dan ninie di atas jemputan iftar..........

Rabu, 1 Ogos 2012

Peralatan Radiasi- Part 2

Agak lama jugak BR biarkan blog ni ber'habuk' lama2. So hari ini BR nak sambung cerita mengenai peralatan yang terlibat dalam radiasi tidak mengion. Sebelum ni, BR dah cerita mengenai peralatan radiasi mengion ( Perlatan Radiasi - Part 1)

Radiasi tidak mengion ini sama je macam radiasi mengion tapi yang membezakan kedua-dua ini ialah dari segi tenaga. Tenaga radiasi tidak mengion ni tidak la sekuat  tenaga radiasi mengion. Dalam istilah fizik, radiasi tidak mengion ini tidak mempunyai tenaga yang kuat utk mengeluarkan 'sebutir' elektron dari 'sebiji' atom atau molekul. Kalau kita tgk gambar dkt bawah ni, radiasi tidak mengion (sebelah kiri gambar) memang wujud disekitar kita dan lebih tepat lagi, kita selalu gunakannya. Contoh paling ringkas ialah lampu  kalimantang. Cahaya lampu kalimantang ni tergolong dalam radiasi tidak mengion.  

electromagnetic radiation


ok, habis cerita psl radiasi tidak mengion. Sekarang ni BR trus kepada peralatan yang menggunakan radiasi ini. Contoh yang paling popular ialah mesin MRI dan Ultrasound. 

Mesin Magnetic Resonance Imaging ( MRI )


Mesin MRI ini merupakan teknologi pengimejan yang digunakan secara meluas untuk diagnosis pelbagai keadaan penyakit. Mesin ini menggunakan prinsip magnet. Bukan calang2 magnet ye. Kekuatan magnet mesin MRI ini adalah 10 000 kali ganda berbanding tarikan graviti bumi. Kuatkan? Dgr mcm gerun je kan tapi mesin MRI ni selamat digunakan. Pertama sebab mesin ni tidak menggunakan radiasi mengion. Kedua sbb ade safety guidelines.

Ultrasound

Sebelum ni yang kita tahu mesin ultrasound digunakan utk 'check' kandungan ibu mengandung. Sebenarnya tidak jugak. Pelbagai jenis diagnosis boleh dilakukan menggunakan mesin ultrasound. Selain itu, ultrasound tidak terhad kepada diagnosis tetapi juga boleh digunakan untuk membantu dalam rawatan penyakit. . Antaranya pemeriksaan pundi kencing, ginjal, abdomen dan banyak lagi la.

Ok, sampai disini dlu.........Sekian.