Budak Roentgen

Khamis, 1 Disember 2011

Radiasi atau sinaran ? Part 2

Kali ini mari kita berkenalan pula dengan radiasi mengion ataupun sinaran mengion..seperti yang diterangkan pada part 1 sebelum ini,  radiasi/sinaran mengion ini terdiri daripada:-

1. X-Ray
2. Gamma Ray
3. Partikel Alpha
4. Partikel Beta
5. Partikel Neutron

Dari mana semua mahkluk tuhan ini datang? Jawapannya mudah..dari kehebatan Maha Pencipta Allah s.w.t..tapi bagaimana proses terjadinya kesemua radiasi di atas boleh diterangkan dengan ilmu fizik..




-struktur atom- tq bro Google :)

Okies..gambar atas adalah satu gambaran atom.  Atom diberi nama oleh saintis Greek sebagai atomos yang membawa maksud tidak boleh dipotong..ini kerana pada zaman tersebut struktur inilah yang paling terkecil boleh dilihat pada sesuatu unsur dan ianya tidak boleh dipotong lagi kepada bahagian yang lebih kecil..maka digelarnya sebagai Atom...(a=tidak boleh, tomos=potong)...

Secara asanya Atom terdiri daripada nukleaus atom (warna merah dan biru tu) dan elektron (warna hijau kat gambo)..

Jadi semua sinaran mengion di atas terhasil daripada struktur atom ini..
Cuma yang berbeza ialah tempat ianya terjasil..

1. X-Ray                - terhasil drpd interaksi pada elektron
2. Gamma Ray       - terhasil drpd interaksi dalam nukleus atom
                                (warna merah dan biru kat gambo)
3. Partikel Alpha     - terhasil drpd interaksi dalam nukleus atom
4. Partikel Beta       - terhasil drpd interaksi dalam nukleus atom
5. Partikel Neutron  - terhasil drpd interaksi dalam nukleus atom

Macam mana ianya terhasil ? kita bincang lain kali pula...


Tahukah anda...bahawa Tomyam asalnya adalah makanan orang Greek yang asalnya dieja tomosyam bermaksud  Ayam yang dipotong potong...( tomos=potong, yam=ayam)...makanan ini dibawa ke Utara Semenjung Emas (utara tanah melayu) oleh para pejuang greek ketika berjuang menentang Garuda bersama Merong Mahawangsa...maka resepi tomosyam jatuh kepada orang siam pada akhir perang...dan depa pun letaklah seafood sebagai penambah perasa dalam tomosyam..dan namanya pun bertukar menjadi
TOM YAM..hahaha..baca boleh percaya jangan bro...

-ini kalu pekna TomosYam time hujan memang mantop beb-

-Advisor BR-®

Rabu, 30 November 2011

Wordless Wednesday

-new ionizing radiation symbol-
 
-Advisor BR-®


Isnin, 28 November 2011

Berita BR: Banjir...bersediakah kita?

Berita BR : Banjir telah melanda HUSM..hujan yang kadang kadang lebat telah menyebabkan peningkatan paras air dalam sistem saliran air dan menyebabkan berlaku limpahan air..antara kawasan yang terjejas termasuklah Jabatan Radiologi..2 unit mesin Ultrasound masuk ICU..lain lain perlatan selamat atas kecekapan kakitangan Jabatan.

Info Banjir Kelantan


-ketirisan yang tidak berhenti-

-mulianya tugas-


-air sedang beratur nak naik lif-

-laluan berhampiran Oren Kafe-

Harap bila masuk musim hujan yang betul betul lebat..BR yang tak bekerja lagitu diharap dapat meningkatkan tahap kesegiaan untuk dipanggil kembali ke HUSM bagi mencuci jabatan radiologi...heheheh..(*makan dan minum Advisor BR tanggung)
-Advisor BR-®