Satu bulan ramadhan dah hampir tamat. Rindu rasanye pada blog ni dan nampaknye dah banyak terupdate selepas blog ini lama ditinggalkan. Alhamdulillah. Seingat saya, last jari ni menaip masa bulan puasa juga tapi postnye pon tak siap-siap sampai sekarang. Maaf sebab kesibukan menghalang diri dari terus menaip. tak lupe juga selamat datang kepada warga budak roentgen yang baru. Welkam to da house!
“The best of all medicines is resting and fasting"
Hampir sebulan berpuasa tapi tahukah kita bahawa puasa ini membawa sejuta satu kelebihan? Nak dikira guna jari tangan dan kaki rasenye tak cukup. Jadi eloklah kiranya kita hanya fokuskan pada puasa dan radiasi. Kata budak roentgen kan? Nak juga kaitkan dengan radiasi..
Ingat lagi kita tentang kemalangan nuklear di Chernobyl suatu ketika dulu? Letupan loji nuklear di Chernobyl boleh dikatakan sebagai salah satu letupan nuklear terbesar dalam sejarah dunia dan kesannya boleh kita lihat sampai harini.
Beberapa mangsa kat Chernobyl time tu dirawat oleh doktor dari Rusia dengan disuruh mengamalkan puasa kering (dry fasting). Puasa kering ni macam lebih kurang puasa kita sekarang la. tak de makanan dan tak de air. Cuma tempoh puasa tu je membezakan. Berbalik pada cerita tadi, doktor-doktor tu semua percaya yang tubuh badan kita ni dapat dibersihkan daripada kerosakan yang berpunca daripada radiasi dengan mengelakkan dari makan dan minum untuk masa-masa yang tertentu. Kira macam puasa la kan? Kaedah ni pula dikhabarkan memang bagi kesan yang bagus untuk mangsa-mangsa bencana Chernobyl.
Jadi, boleh dikatakan bahawa even puasa pun boleh rawat radiasi dalam badan kita. Ye la.. sekarang ni semua benda pon nak radiasi.. tak terjadi letupan pon boleh kena radiasi. Makanan, komputer, tv, telefon.... walaupun jumlah die tu sedikit sebab just diconsiderkan sebagai backgroun radiation tapi tetap kita kena waspada kan. Lebih-lebih lagi untuk orang yang bekerja dalam bidang radioterapi dan radiologi, Kita tak tau kot-kot ada kebocoran mane-mane atau samada kite ni betul-betul terkena dos radiasi yang dibenarkan. Kena ingat sebab radiasi bukan boleh dilihat dengan mata kasar. Kalau boleh mesti nampak radiasi je mengelak, nampak radiasi je mengelak.. Amboi....
"Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik / racun-racun dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit.Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan."
p/s: sayangnya untuk orang yang malas puasa.. Rugi ok! bukan lama pon.. beberapa jam je.. Time puasa tu terasa bahagia je.. lebih-lebih lagi time bulan ramadhan
Selamat hari raya (lagi empat hari) diucapkan kepada budak roentgen dan juga advisor BR (En. Nik)..
Mohon maaf jika ada apa-apa kesalahan dari kami budak roentgen 2011 dan 2012. Kenangan dan pengalaman di Jabatan Radiologi HUSM akan kami gunakan sebaik mungkin. Terima kasih..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan