Budak Roentgen

Selasa, 4 Oktober 2011

Can u Tell me??

assalamualaikum..
selepas sekian lama.. baru ada feel nak tulis balik. thanx kepada sesape yang still follow.

budak roentgen cuma rasa nak tahu sangat pasal satu benda ni. Kenapa ye? Kenapa orang awam sangat takut pada radiasi?? yela.. kita tau, dos yang berlebihan boleh membawa kepada kanser dan sebagainya macam yang budak roentgen penah cakap sebelum ni. Maksudnya, radiasi boleh membawa risiko kepada kesihatan manusia. Tapi bukan ke kita tau bahawa ada sesetengah sifat manusia ni memang suka wat tak tau je tentang risiko semua ni..



kalau betul orang amik tau. kenapa ramai yang tak amik kisah pasal rokok?? padahal rokok boleh bawa pada penyakit. walaupun ditampal sebesar-besar gambar yang mengingatkan perokok itu sendiri tentang risiko merokok, tetap gak perokok tu tak amik kisah. dinaikkan harga pun wat donno je. walhal kita gak tau asap rokok tu sendiri boleh bahayakan orang sekeliling lebih daripada perokok. boleh bagitau budak roentgen kenapa??




kalau betul orang amik tau. Kenapa ramai yang tak kisah pasal penjagaan makanan? Bukan semua orang ikut cara makan yang betul macam yang disarankan oleh kementerian kesihatan. Ikut piramid makanan! Yang orang tau janji makan sedap. mcd, kfc, pizza, magee. sayur?? maunyer tak pandang. Statistik obesiti, tinggi kolestrol, kencing manis.. makin meningkat. tapi ada orang kisah?? 

kalau betul orang amik tau.. kenapa biarkan pembakaran sampah secara terbuka? gas rumah hijau, karbon dioksida makin meningkat. bukan setakat pembakaran sampah, penebangan pokok, buang sampah merata-rata, asap kilang, asap kereta. semua tu boleh datangkan risiko pada masa hadapan. tapi budak roentgen tau. orang tak kisah.


sebenarnya banyak lagi risiko yang jelas, terang lagi nyata ada kat depan mata. Budak roentgen tau sebab budak roentgen juga manusia. Tapi orang suka amik mudah. amik satu sikap yang tak amik kisah. biarpun pelbagai kempen dibuat untuk tingkatkan kesedaran, benda tetap sama. tapi bila cakap pasal radiasi, nuklear.. Ibarat bom meletup di hiroshima dan nagasaki... riuh satu negara. semua orang takut! risiko tetap ada, sama seperti yang budak roentgen dah cakapkan. itu yang budak roentgen nak tau. apa bezanya... ITU dan INI. tolong jawab soalan budak roentgen. BOLEH??? 


Tiada ulasan: