Budak Roentgen

Khamis, 21 Julai 2011

Cer Teker Sapa Makhluk nie..


Who's in pic above...?

Albert Einstein or Marilyn Monroe..
Try stand away from ur screen..the answer is there ..

Rabu, 20 Julai 2011

Henfon tu.. Ye!! Henfon tu.. Selamat ke??

“40% percent of cells taken from mobile phone users show DNA damage.” -Indian Journal of Human Genetics

Henpon zaman sekarang da macam-macam jenis. Boley dikatakan tiap-tiap bulan keluar model baru. Kalau pegi kedai henpon boleh meleleh air liur. Aku nak henpon tu, aku nak henpon ni. Semua orang kalau boleh tak nak kalah. Kalau duit da ada dalam poket, seboleh-bolehnya tiap-tiap bulan nak tukar model henpon. Mengikuti peredaran zaman la kononnya. Blackberry, I-Phone, Corby… fuuuuuuuuuuuuhhhhhhhhhhhh… BR  tak mampu nak beli semua tuhh..



Zaman sekarang sape tak pakai henpon kira kuno.. ketinggalan zaman dan bla bla bla yang sewaktu dengannya. Tapi sekurang-kurangnya dia da kurangkan diri dia daripada terkena radiasi yang semua orang takutkan sangat tuh. Err… takut ke?? Henpon sampai dua tiga biji sorang gak kan??




Kalau dibelek-belek balik entry yang lepas, BR ada cakap bahawasanya henpon pun mengeluarkan radiasi. Tapi dia jenis sinaran tak mengion. Senang cite dia kurang bahaya la berbanding x-ray yang termasuk dalam golongan sinaran mengion. Tapi bahaya tak bahaya pun tetap radiasi ye tak?






Tapi tau ke anda? Tau ke? Bahawasanya henpon yang korang guna dan banggakan sangat tuh boleh tingkatkan risiko untuk anda dapat ‘brain tumor’. Kajian still tak jelas. Tapi kita tau henpon tu keluarkan sinaran electromagnet yang berfrekuensi tinggi. Tak takut ke? Takut kan? Tapi tak kan x boley guna langsung kan. Zaman sekarang x de henpon x bley. X de life. Camne nak idop?? Mesti dan semestinya semua orang pikir gitu sebab BR pon macam tu. So, apa kata kita ikut beberapa tips yang boley kurangkan sikit risiko untuk kita dapat radiasi terlebih daripada henpon.

  • First sekali, apa kata kita kurangkan penggunaan telefon tuh. Guna untuk perkara-perkara penting cukup la. Nak borak-borak ngan orang sampai dua hingga tiga jam lamanya macam tak perlu je.
  • Ooww.. x bleyh kalau x borak ek?? K la.. kalau gitu apa kata kita guna handsfree atau loudspeaker?? Boleh elakkan tangan lenguh sambil-sambil kurangkan radiasi.


  • Jangan letak henpon dalam poket seluar!!! Sebab bahagian bawah tubuh kita serap lebih banyak radiasi berbanding bahagian atas. Yang ni paling ramai orang wat. So, pandai-pandai la ye.

  • Jangan pandai-pandai nak kol  atau sms orang time line tepon memang kurang or x de. Sebabnya kita macam paksa fon tu beroperasi dan ini menyebabkan henpon tu kuarkan lebih banyak radiasi berbanding biasa. Faham??
  • Jangan guna fon time dop dalam kenderaan yang tertutup ataupun lif. Sebab tempat macam tu yang mana ada metal material kat sekeliling kita boleh sebabkan radiasi yang keluar terpantul balik kat kita.. hmmmm
  • Seboleh-bolehnya jangan benarkan kanak-kanak guna fon. Kalau betul-betul perlu, bagi fon yang hanya membenarkan sms. Sebab tubuh kanak-kanak atau pun manusia yang berumur 20 tahun ke bawah cenderung untuk serap lebih radiasi berbanding manusia yang umur lebih 20 tahun.
  • Kurangkan bercakap time guna fon!! Bagi je orang yang kita kol tu cakap banyak-banyak. Sebab bercakap akan tingkatkan radiasi time guna fon!!... orang yang kita kol cakap banyak2 blh plak ek? Dia kena radiasi bukan masalah kita :P

  • Tido nak kena letak fon kat tepi ek? Owh.. alarm ye?? Kalau gitu tukar setting fon pada flight mode. Boleh kan??
p/s : gambar-gambar ada yang di google. thanx google :)

Ahad, 17 Julai 2011

Fear of Radiation???? Trust me.. You NOT!!!!

People don`t know about radiation. And there`s so much radioactive material being transported each day.~ John Bush

Sana-sini orang asyik cakap pasal radiasi. Radiasi bahaya, radiasi boleh sebabkan cancer, radiasi boleh sebabkan keguguran, kecacatan pada bayi, leukimia dan lain-lain. Cakap pasal radiasi je semua orang terus akan fikir pasal kesan-kesan seperti ini dan otak terus tafsirkan bahawasanya radiasi ini tidak baik dan sentiasa negatif. Ya, persepsi diri sendiri boleh mempengaruhi otak.

Tapi tau ke semua orang apa maksud sebenar radiasi ?? Semua orang pandai cakap pasal nuklear. Nuklear tu apa? Radiasi kan?  Ye.. semua orang tau. Semua orang pandai cakap pasal x-ray. X-Ray boleh tembus badan, boleh nampak tulang, boleh tau pasal penyakit, tapi bukan ubat penyakit. Semua orang tau? Ya..semua orang tau. Mesti semua orang tau. 


Cakap pasal radiasi bahaya, semua orang pon tau. Tapi betul ke semua orang tau bahawasanya telefon bimbit yang mereka gunakan setiap hari itu radiasi? Mikrowave yang digunakan di dapur setiap rumah itu radiasi? Sinaran matahari itu radiasi?  Lampu yang digunakan di rumah mereka itu radiasi? Radio itu radiasi?

Technical Visit (Pantai Irama Bachok)

7 Julai 2011, 9.00 a.m

Group BR pegi Pantai Irama, Bachok buat Technical Visit lebih kurang 2 minggu lepas. Sebenarnya more on Majlis Perpisahan budak-budak praktikal. Sambil menyelam minum air, kami ada sekali tolong kutip-kutip sampah kat sekitar tempat tue. cuba untuk bersifat hijau..

When we heal the earth, we heal ourselves.  ~David Orr

Cuma peringatan pada semua, kalau berkelah tu tak perlu la tinggalkan sampah-sampah. Cintailah alam kita. kita pun tak nak cucu-cicit kita esok hidup dalam dunia yang penuh sampah kan?? 



Susah sangat ke kutip sampah?? Senang je kan? 

kutip sampah macam ni:


macam ni


 pastu buang macam ni


macam ni



 dan macam ni... SIAPPPPPPP!!!!!



Berbalik pada aktiviti pada tarikh bla-bla-bla

  • Kami bertolak sekitar jam 9.00 pagi.
  • Semua makanan da disediakan. Tinggal wat BBQ jer. Special thanx untuk Cik Wanie dan Cik Azie sebab sudi tolong masak n perap ayam..

  • Aktiviti berBBQ sangat best bila kita bekerjasama lebih-lebih ag tempat tu dekat tepi pantai.. angin sepoi-sepoi bahasa. Letih pon tak terasa.
  • Then, go to the game. Game yang dirancang oleh Kak Tini dan Cik Su selaku juru acara aktiviti. Walaupun game dia cam budak-budak seperti cari gula-gula dalam tepung, isi air dalam botol n teka tajuk movie... tapi still enjoy. semua orang pon sporting. bila lagi nak merasa balik zaman budak-budak dulu kan ??
  • tak lupa juga sambutan bufday cik mira.. kek by cik wanie :)
BR balik hampir-hampir pukul 3 macam tu. Walaupun penat,still puas hati. Thanx guys..:)


Ahad, 10 Julai 2011

Irradiated Quotes 1




My main frustration is the fear of cancer from low dose radiation, even by radiologists. 
~ John Cameron 

Too many radiologists still believe there is a risk from a chest x-ray. Few radiologists can explain radiation to the patient in words the patient can understand. 
~ John Cameron 

In some cases radiation reduces the incidence of cancer. 
~ John Cameron 

Isnin, 4 Julai 2011

Malu Bertanya Sesat Jalan

Do you know the difference between education and experience?  Education is when you read the fine print; experience is what you get when you don't.  ~Pete Seeger

Pengalaman sepanjang BR jalani latihan industri kat Jabatan Radiologi memang banyak giler and kebanyakannya BR tak penah alami dan mungkin tak penah BR lalui lagi lepas ni. Antara yang BR paling ingat ialah bila BR follow kakak-kakak ngan abang-abang radiographer ke wad-wad yang ada kat sini untuk mobile x-ray. Mobile x-ray tuh guna kalau patient kat hospital ni x ley nak turun kat Jabatan atas sebab-sebab tertentu. Die kira macam mesin x-ray yang boleh ditolak ke sana ke mari dan sesuka hati jerk. lebih kurang macam ni la.. boleh bawa sambil nyanyi -nyanyi masuk wad...


Follow benda ni memang best sebab die simple je and boleh buat kita enjoy sangat-sangat. Kadang-kadang ada juga terasa nak gelak time masuk wad dengan mesin ni sebab orang-orang dalam wad tu lari bertempiaran selamatkan diri daripada terkena radiasi ataupun sinar x yang boleh membahayakan kesihatan dan juga nyawa. Biasanya time nak shoot kita dapat tengok bermacam-macam gelagat orang kat dalam tu. ada yang lari keluar wad, ada yang menyorok belakang langsir, ada yang menyorok bawah meja, dan tak kurang ada juga yang wat muka blur.  Boleh kata keadaan time tu berterabor. 



Kat sini la pengetahuan tentang x ray tu perlu. Melarikan diri dari mesin x ray tu da betul sebab prinsip untuk berlindung dari x ray tu sendiri ialah seboleh-bolehnya menjauhkan diri dari sumber. Sumber kat sini ialah mobile x ray tu sendiri la. Tapi dalam masa yang sama kita sendiri kena tahu bahawasanya x ray yang terserak kat persekitaran tu hanyalah pada jarak 2 meter. Jadi kalau kita ada pengalaman macam ni dekat wad, cukup la dengan menjauhkan diri lebih kurang jarak 2 meter dari sumber dan janganlah duduk ngadap mesin x ray tu pula. Tentang menyorok belakang langsir ataupun bawah meja tu pula sebenarnya adalah kurang relevan sebab x ray ni boleh menembusi langsir. Yang dia tak boleh tembus cuma plumbum dan bahan-bahan yang sewaktu dengannya. 



Sebab tu la time radiographer tu shoot dia akan pegang satu baju yang kita panggil "lead gown" yang lindung dia dari x ray yang terserak ke persekitaran. maka kami budak-budak roentgen yang follow dia dengan berbesar hati akan beratur dalam garis lurus di belakang dia untuk turut melindung diri. Hmmmmmm... sekarang da faham sikit tak tentang perlindungan daripada x ray time kita melawat sanak saudara kat wad dan sebagainya??

p/s : malu bertanya sesat jalan. tapi tak tanya pun BR sudi tunjukkan jalan :)



Ahad, 3 Julai 2011

Siapa Roentgen?

Assalamualaikum

Sebelum kami budak-budak roentgen (BR) post entry-entry yang seterusnya. BR nak kenalkan siapa Roentgen yang sebenarnya. Kalau sebut tentang artis-artis popular macam Justin Bieber, Angelina Jolie, Brad Pitt, Siti Nurhaliza dan sebagainya mesti semua orang kenal. Tapi kalau sebut tentang Alexander Graham Bell, Albert Einstein dan saintis-saintis lain belum tentu kita kenal. Walhal nama-nama tu memang ada dekat buku sains darjah 5 lagi. Ini belum cakap tentang Roentgen?? siapa yang kenal?? Ini la seorang manusia yang BR nak ketengahkan. Seorang manusia yang banyak berjasa pada seluruh dunia dan alam semesta. Erkk!


ok. Jom kenal Uncle Roentgen. Bulatan merah tu la gambar Roentgen yang dah dikartunkan. Tapi gambar saja belum tentu cukup untuk kita kenal siapa dia.  BR percaya semua orang penah g wat medical Check Up dan time tu komfirm2 la kena wat chest x ray kan?? pernah tak kita tanya diri sendiri apa gunanya semua tu? siapa yang cipta semua tu? wujud ke sifat ingin tahu macam ni dalam diri kita? 




Roentgen atau nama sebenarnya Wilhelm Conrad Röntgen merupakan manusia pertama dalam dunia ni yang menemukan x-ray dalam tahun 1895 macam tu. Dalam tak sengaja dia dah temukan x ray dan telah bagi sumbangan yang besar dalam bidang Fizik dan Perubatan. Masa mula-mula dia  jumpa x ray ni dia cuma bagi nama sinaran ni sebagai 'x' macam yang selalu kita gune dalam eksperimen sains, setiap subjek yang kita tak tau kita akan namakan 'x' kan? tapi dalam tak sedar, nama sinar-x atau x - ray tu lekat sampai sekarang.  sebab dia da jumpe satu penemuan yang kira hebat time tue, dia diberi anugerah nobel dalam fizik.

Kira hebat la kan sebab teori pasal x-ray tu kita guna sampai sekarang. Bukan setakat dalam bidang perubatan malah x-ray ni kita guna juga dalam bidang industri dan sebagainya. walaupun dah diberi anugerah nobel dengan duit sejuta dolar, Roentgen tak nak patentkan penemuan dia sebab nak masyarakat dunia dengan bebas boleh gunakan kajian dia. Duit yang dia dapat pula diderma pada universiti tempat dia belajar. Roentgen ni memang bagus sangat sebab  dia tak pernah nak terima pujian ataupun mana-mana keuntungan daripada penyelidikan dia. 

BR tak nak cerita panjang, cukupla dengan kita tau siapa dia dan apa sumbangan dia pada dunia. kita sepatutnya berterima kasih pada dia sebab kalau tak ada dia maybe x - ray ni tak kan jumpa sampai sekarang. bidang perubatan takkan berkembang dan kita juga yang susah sebab kalau tak guna x -ray doktor kena belah dulu bahagian badan kita untuk tengok apa penyakit yang sebenarnya. nak gitu?? hehe..  apa-apa pun BR nak petik satu kata-kata Roentgen sewaktu ditanya apa yang dia fikir pasal kajian yang telah dia lakukan. 

" I don't think, I investigate"